Islamic Widget


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 26, 2010

Amar Maroof Nahi Mungkar...

“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga peringkat untuk mencegah kemungkaran:Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.Kedua : Menggunakan lidahBagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.Ketiga : Menggunakan hatiSekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman .Berdasarkan kepada ketiga-tiga kaedah tersebut,adakah kita telah melaksanakan perintah itu?.Justeru ,kita patut berusaha kearah membenteras perbuatan mungkar,disamping menilai kembali berapa banyakkah kita mengabaikan tugas nahi munkar.Ingatlah, jika kita langsung tidak ambil peduli dan membiarkan maksiat terus bermaharajalela,maka bersedialah untuk mendapat bala bencana.Wallahualam...

No comments:

Post a Comment